top of page

Malaysia raih komitmen pelaburan RM63.02 bilion dari AS



Malaysia meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke AS berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM8.33 bilion diperoleh daripada misi perdagangan dan pelaburan dianjurkan sebelum bermulanya mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


Manakala selebihnya jelas Anwar, adalah hasil daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan sepanjang beliau berada di San Francisco.


"(Pelaburan) selebihnya telah diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft, TikTok dan TPG," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.


Mengulas hasil mesyuarat yang diadakan, PM mendedahkan pelaburan yang mahu dijalankan agak besar dan ia turut bergantung kepada tempoh pantas Malaysia dalam meluluskan kesemua pelaburan berkenaan.


"Dalam mempertimbang apa-apa juga ruang kelulusan dan insentif yang diperlukan, saya lebih menekankan soal pemindahan teknologi dan latihan.


"Ini supaya kita ada tahap keupayaan dalam bidang diterokai yang lebih canggih dan mencabar," kata beliau yang turut menegaskan Malaysia tuurt aktif dalam menarik kehadiran kalangan penggiat kenderaan elektrik (EV), termasuk syarikat terkemuka seperti Tesla.


Sementara itu, Anwar turut mendedahkan pelaburan diraih dari misi perdagangan daripada Abbott Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page