top of page

Malaysia perlukan permulaan baharu, calon PM terbaik Anwar




Kebuntuan calon Perdana Menteri dalam rundingan sesama anggota Pakatan Harapan (PH) Plus tidak seharusnya berakhir dengan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ditekan untuk menerima Tun Mahathir sebagai PM ke 9.


Bagi Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, PH sewajarnya fokus kepada usaha memperbaiki ekonomi dan institusi negara yang dirosakkan oleh kerajaan BN dan Perikatan Nasional.


Oleh itu, katanya negara memerlukan satu permulaan baharu dan PM yang dilantik perlu berwibawa dalam melaksakan agenda Reformasi tulen.


"Justeru tidak adil memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima Tun Dr Mahathir sebagai calon PM ke-9 apatah lagi dengan apa yang beliau lalui sebelum ini.


"Tambahan pula, rekod Tun Mahathir dalam isu peralihan kuasa yang menimbulkan ketidaktentuan ketika PH memerintah sebelum ini.

Krisis politik yang kita lalui selepas Langkah Sheraton sebahagiannya berpunca dari tindakan beliau meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan PH dan keyakinan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Umno dan Pas bersamanya.


"Malaysia perlukan permulaan baru, kerajaan bersih yang fokus untuk ekonomi yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat. Calon terbaik adalah Anwar Ibrahim," kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu dalam satu kenyataan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page