top of page

Malaysia perlukan Anwar - Lim Kit Siang


Lim Kit Siang menyifatkan Malaysia memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Anwar mampu membawa pasukan baru dan dasar baru untuk mengakhiri pandemik Covid-19 dan menyalakan kembali Impian Malaysia.


Beliau juga menganggap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi wajah kerajaan yang gagal menguruskan wabak Covid-19 yang menyebabkan lebih 12,500 kematian dan 1.4 juta kes Covid-19 di negara ini.


“Kecuali ada kepemimpinan baru dan dasar baru, Malaysia menuju lebih 15,000 kematian dan lebih dari 1.7 juta kes Covid-19 ketika kita meraikan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos.


“Tidak akan ada perubahan polisi sama ada mengenai pandemik Covid-19, kebangkitan ekonomi atau melepaskan diri dari dasar-dasar pembangunan negara yang menyebabkan semakin banyak pemerhati menyatakan bahawa Malaysia dalam landasan negara yang gagal.


“Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bermaksud lebih banyak lagi polisi kakistokrasi dan kleptokrasi yang sama yang hanya boleh berakhir di Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal.


“Malaysia memerlukan Perdana Menteri baru dan kepemimpinan baru di mana rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau politik, sekali lagi dapat mengimpikan Impian Malaysia sebagai sebuah negara besar bertaraf dunia dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi hasrat Bapa Malaysia untuk menjadikan Malaysia "Sinar cahaya di dunia yang sukar,” katanya.


Pada masa sama, Kit Siang juga mempersoalkan sama ada Ismail Sabri boleh membawa ekonomi Malaysia ke arah lebih baik.


“Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali tetapi Indonesia telah meningkat 117 kali, Vietnam 122 kali, China 163 kali, Singapura 175 kali dan Korea Selatan 178 kali.


“Setelah 50 tahun yang lalu, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.


“Dalam jangka masa 50 tahun, adakah kita akan mengatasi negara lain atau adakah lebih banyak negara mengatasi kita?


“Kami mahukan Perdana Menteri dan kepemimpinan baru yang merancang untuk Malaysia pada tahun 2070 dan tidak perlu bimbang tentang kelangsungan hidup mereka di Parlimen atau bagaimana cara mengawal pandemik Covid-19.


“Perdana Menteri dan kepimpinan untuk masa depan semua rakyat Malaysia, hari ini dan esok,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page