top of page

Malaysia perlu teroka tenaga nuklear solusi peralihan tenaga - Akmal Nasir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18
  • 2 min read
Akmal pada forum Melaksanakan Peralihan Tenaga Malaysia sempena Persidangan Energy Asia 2025
Akmal pada forum Melaksanakan Peralihan Tenaga Malaysia sempena Persidangan Energy Asia 2025

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diumum oleh kerajaan bukan sekadar dokumen dasar, tetapi mencerminkan komitmen negara dalam merubah corak penggunaan tenaga ke arah kelestarian dan sumber bersih.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, landskap sektor tenaga masa kini berdepan cabaran yang jauh lebih kompleks berbanding satu atau dua dekad lalu, terutama dengan permintaan tenaga yang terus meningkat secara mendadak.


"Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada pendekatan konvensional. Kita perlu memperkasa pengguna tenaga berskala besar untuk beralih kepada tenaga hijau.


"Melalui inisiatif Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), pusat data kini boleh memperoleh tenaga boleh diperbaharui secara terus daripada pembekal menerusi mekanisme Akses Pihak Ketiga (Third Party Access) melalui grid nasional.


"Dan satu perbincangan yang perlu kita mulakan, walaupun mungkin sensitif, bagaimana dengan tenaga nuklear?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis sesi bertajuk Melaksanakan Peralihan Tenaga Malaysia sempena Persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


Sesi tersebut turut menampilkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, serta dimoderatorkan oleh Pengerusi Cypark Resources Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.


Akmal sementara itu berkata, walaupun tenaga nuklear tidak diklasifikasikan sebagai tenaga boleh diperbaharui, teknologi baharu seperti Small Modular Reactors (SMRs) dan loji nuklear terapung wajar diteroka secara serius sebagai sebahagian daripada strategi negara menuju sasaran Sifar Bersih menjelang 2050.


"Tanpa penyertaan teknologi ini, Malaysia akan berdepan kesukaran untuk mencapai matlamat Net Zero.


"Ramai mungkin menganggap kenyataan ini radikal, tetapi saya akan terus menyuarakannya kerana ini adalah keperluan mendesak negara," tegas beliau.


NETR mampu menjana pertumbuhan ekonomi berteraskan kelestarian, inovasi dan daya tahan jangka panjang.


Ketika ini Malaysia sedang giat menerajui Inisiatif ASEAN Power Grid - kerjasama serantau untuk perdagangan tenaga rentas sempadan di rantau Asia Tenggara.


Amir Hamzah pada sesi yang sama menjelaskan, keterhubungan grid ASEAN akan membolehkan bekalan dari negara jiran yang lebih berupaya disalurkan ke pasaran domestik dengan lebih cekap dan mapan.


Tegasnya, dalam konteks tenaga nuklear, sekiranya ia antara pilihan yang dipertimbangkan rantau ini, maka Malaysia juga perlu bersedia untuk menilai dan menerimanya sebagai sebahagian daripada penyelesaian.


"Penempatan loji nuklear tidak semestinya di Malaysia. Ia boleh dibangunkan di negara lain dalam ASEAN tetapi manfaatnya dikongsi bersama melalui grid dagangan kuasa yang aktif," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page