top of page

Malaysia perlu peroleh manfaat dari pembangunan industri EV

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 hours ago
1 min read

Kerajaan sedang mengkaji mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) yang bersesuaian untuk memastikan pelabur memenuhi sasaran nilai tambah domestik, penyertaan vendor tempatan dan eksport.


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin berkata langkah itu amat penting bagi memastikan Malaysia bukan sekadar menjadi pasaran pengguna EV, sebaliknya memperoleh manfaat jangka panjang daripada pembangunan industri berkenaan.


"Penambahbaikan ini bukan sahaja memberi penekanan kepada penyertaan vendor tempatan, pemindahan teknologi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, malah meletakkan pencapaian serta penggalakan eksport sebagai satu daripada kriteria utama dan syarat prestasi insentif EV.


"Ia juga akan melaksanakan pengukuhan rantaian bekalan tempatan selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," katanya dipetik ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.


Dalam perkembangan berkaitan beliau juga berkata, kerajaan sudah menanggung pengecualian duti eksais berjumlah RM400 juta dan pengecualian duti import bernilai RM3 bilion bagi tempoh 2022 hingga 2025 untuk menggalakkan penggunaan EV.


Malaysia kini jelasnya berada dalam fasa menggalakkan penggunaan EV sebelum memperkukuh manfaat pelaburan menerusi pembangunan keupayaan teknologi dan industri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page