top of page

Malaysia perlu kutuk hukuman penjara ke atas Dr Sean Turnell di Myanmar - Shamsul Iskandar



Kerajaan Malaysia seharusnya mengutuk hukuman penjara melalui perbicaraan rahsia yang dijatuhkan oleh kerajaan junta tentera Myanmar ke atas warganegara Australia, Dr Sean Turnell.


Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hukuman penjara 3 tahun ke atas pakar ekonomi dan penasihat kepada Pengerusi National League of Democracy, Aung San Suu Kyi itu tidak sewajarnya dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil dan terbuka.


"Dr Sean Turnell bertugas sebagai penasihat ekonomi kepada pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi setelah berpindah ke negara tersebut pada tahun 2017.


"Beliau banyak memberikan cadangan polisi pemulihan ekonomi kepada kerajaan pimpinan NLD (sebelum ini) yang berlunaskan prinsip-prinsip reformasi untuk membawa perubahan kepada negara yang telah lama terkait rapat dengan amalan korupsi, penyeludupan manusia dan perdagangan haram.


"Keputusan mahkamah dijatuhkan di bawah perbicaraan rahsia setelah Dr Turnell ditangkap dan dipenjara selama 19 bulan setelah dituduh di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act) di Myanmar.


"Biro Antarabangsa KEADILAN mengambil maklum Dr. Turnell tidak (dibenarkan) mendapat apa apa bantuan guaman dan juga bantuan konsular dari Kerajaan Australia sejak beliau dipenjarakan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengesa Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuk keras aksi terbaharu rejim junta tentera.


Katanya, Malaysia harus mengenakan tindakan diplomatik lehih keras sekiranya rejim Myanmar berdegil dan terus melanggar hak asasi manusia serta norma hukum antarabangsa.


"Pergolakan di Myanmar hanya akan mendatangkan krisis kemanusiaan yang lebih dahsyat sekiranya negara tersebut tidak pulang ke landasan demokrasi yang berpaksikan undang-undang hak asasi atau ‘rule of law’," katanya lagi.


Selain itu Biro Antarabangsa KEADILAN juga, kata Shamsul, prihatin mengenai nasib tokoh pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dilaporkan sedang dipenjarakan di lokasi rahsia.


"Biro Antarabangsa KEADILAN menggesa badan kehakiman Myanmar menjalankan perbicaraan yang adil terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhannya baru-baru ini dan tidak dinilai sebagai tahanan politik," katanya lagi.


Mahkamah di Myanmar pada September lalu menjatuhkan hukuman penjara ke atas Suu Kyi di bawah Akta Rahsia Rasmi dan keadaan terbaharu tokoh politik itu tidak dihebahkan ke dunia luar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page