Malaysia perlu kembali aktif dalam hal ehwal antarabangsa - Sim Tze Tzin



Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Hal Ehwal Antarabangsa pada minggu ini mungkin akan menjadi pemangkin penglibatan Malaysia yang lebih aktif dalam hal ehwal antarabangsa.


Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu memainkan peranan penting menyelesaikan konflik di rantau Asia ketika gandingan Perdana Menteri Tun Mahathir dan TPM Datuk seri Anwar Ibrahim, sejak dua dekad lalu semakin menyepi dari arena antarabangasa


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi sebahagian anggota jawatankuasa berkenaan, harapan kini kembali bersinar untuk Malaysia menyumbang lebih baik di peringkat antarabangsa.


"Pengerusi PSC ialah YB Salahuddin Ayub, dan Ahli Parlimen kanan seperti Nazri Aziz dan Teong Kin Sin sebagai ahli


"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang dihormati ini untuk menyumbang meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Saya berminat dalam hal ehwal antarabangsa sejak dalam darjah 4, apabila saya mula membaca akhbar. Pada tahun 1989, kejatuhan Tembok Berlin, insiden Dataran Tiananmen dan Perjanjian Oslo meningkatkan lagi minat saya dalam hal ehwal luar," katanya.


Menurut Pengarah Strategik KEADILAN itu, Malaysia perlu aktif semula sebagaimana peranannya pada 1990an lalu yang sering mengikuti misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan diiktiraf dunia sebagai negara pendamai.


"Malaysia menjadi negara aktif dalam komuniti antarabangsa selama bertahun-tahun. Kita mengambil bahagian dalam misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kemboja dan Afrika.


"Kita aktif dalam banyak forum dan jawatankuasa Antarabangsa. Terlibat dalam dialog antara agama yang menggalakkan keamanan dan persefahaman bersama.


"Saya sangat terinspirasi oleh Renaissance Asia yang ditulis oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau menyatakan kebangkitan negara Asia secara aman berdasarkan nilai sejagat yang dikongsi bersama.


"Walau bagaimanapun kita telah semakin melihat ke dalam negeri selepas itu. Sudah tiba masanya, Malaysia kembali mengambil bahagian secara aktif dalam hal ehwal antarabangsa.


"Saya harap sumbangan kecil saya dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini akan memainkan peranan yang penting," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER