top of page

Malaysia perlu bersedia ambil risiko, rebut peluang ekonomi baharu



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mahu Malaysia bersedia mengambil risiko yang terhitung ketika menempa masa depan ekonomi baharu bagi negara.


Menerusi satu catatan di akaun media sosial rasminya pada Ahad, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, persediaan itu terutama dalam meneroka ekonomi digital dan ekonomi hijau


Tambahnya, perkara itu adalah antara tiga penekanannya untuk 2024 dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.


"Kedua, kita mesti melaksanakan rancangan kita dengan tepat. 2024 adalah tahun penting untuk kita terus maju di atas asas yang telah dibina tahun lalu.


"Ketiga, kita mesti kekal di laluan yang telah dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran. Kita juga perlu menjelaskan inisiatif serta rasionalnya secara konsisten kepada rakyat, di samping manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang," katanya.


Tambah Tengku Zafrul, dalam menyambut kehadiran tahun 2024, adalah penting cabaran tahun lalu diimbau dan diambil pengajar supaya mampu menempuhi cabaran ekonomi akan datang.

"2023 adalah tahun yang penting bagi MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dalam membentuk masa depan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Malaysia bagi semua aspek: pelaburan, perdagangan dan industri.


"Hasil yang paling mampan sentiasa mengambil masa untuk dilaksanakan namun, sama ada suka atau tidak, perubahan luaran akan berlaku.


"Justeru, Malaysia mesti memastikan industrinya bersedia lebih awal supaya tidak terkemudian, dan MITI akan terus berada di landasan," ujarnya.


Melalui catatan itu beliau turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia memerlukan pemikiran radikal (pemikiran moonshot) iaitu perlu yakin dalam mencapai sesuatu yang di luar jangkaan biasa, seperti penyelesaian radikal berdasarkan teknologi terbaharu bagi menyelesaikan masalah yang kelihatan mustahil untuk diatasi.


"Matlamat kita adalah untuk memperkukuh masa depan ekonomi Malaysia, dengan belia kita mempunyai pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, dan syarikat mencapai keuntungan berlipat ganda," tambah Ahli Dewan Negara itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page