top of page

Malaysia nombor 1 ODIN: Reformasi dalam pengurusan data berjaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read


Pengiktirafan antarabangsa meletakkan Malaysia di tempat pertama dalam Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 dengan skor keseluruhan 90 sekali gus mengatasi 198 negara lain menunjukkan kejayaan cemerlang reformasi pengurusan data di negara ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri petang tadi gembira dengan pencapaian berkenaan berdasarkan laporan rasmi dwitahunan oleh Open Data Watch (ODW).


"Saya rujuk pengumuman semalam, Datuk Seri Uzir, Ketua Perangkawan Negara mengenai pengiktirafan global di mana Malaysia mendapat tempat pertama dalam Open Data Inventory atau ODIN 2024/2025.


"Ini satu peningatan sangat baik kerana kita mendapat kedudukan nombor satu dari 198 negara dan pencapaian ini membuktikan bahawa beberapa langkah reformasi yang dibawa dalam pengurusan data membuahkan hasil," katanya daam sidang media di Putrajaya petang tadi.


Namun begitu, kata Fahmi, Jemaah Menteri turut mengambil maklum terdapat perkara yang boleh ditambah baik apabila diteliti laporan ODIN seperti aspek liputan dan keterbukaan.


Jemaah Menteri juga, kata Fahmi, mahu laporan kejayaan itu diteliti untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan.


"Walaupun kita telah mencapai kedudukan sangat baik, bagi saya ini satu pengiktirafan usaha terutama pihak DOSM.


"Terutama masa sama kementerian juga disarankan untuk meneliti laporan ini dan melihat bagaimana kita mengusahakan data supaya lebih baik di masa depan," katanya lagi.


Pencapaian tersebut menunjukkan lonjakan ketara berbanding Malaysia sebelum ini pada kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.


Penilaian ODIN mengukur keterbukaan (openness) dan liputan (coverage) data rasmi negara berdasarkan ketersediaan penunjuk utama, perincian data mengikut masa dan geografi serta kemudahan akses kepada data dalam format mesra mesin (machine-readable), non-proprietary, disertai metadata serta pilihan muat turun pukal dan Application Programming Interface (API).

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page