top of page

Malaysia negara pertama disambut selepas kerajaan baharu China dilantik



Malaysia negara pertama disambut dalam kunjungan rasmi selepas kerajaan baharu China dilantik bersama pelantikan semula Presiden Xi Jinping.


Hal itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, disampaikan oleh Pengerusi Kongres Kebangsaan Rakyat, Zhao Leji.


"Saya meneruskan acara rasmi di Beijing hari ini dengan bertemu Pengerusi Kongres Kebangsaan Rakyat TYT Zhao Leji. Pengerusi Zhao menyebut bahawa Malaysia adalah negara pertama yang disambut Republik Rakyat China sesudah kerajaan baharu di China dilantik baru-baru ini," katanya.


Dalam pertemuan semalam, kedua dua pemimpin bertukar pandangan dalam pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan saling bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, infrastruktur, sains dan teknologi, pelancongan, perubahan iklim, pembangunan tenaga hijau serta tenaga boleh baharu.


Delegasi Malaysia dan China bermesyuarat tingkatkan kerjasama pelbagai bidang

"Kami turut komited untuk menambahbaik perhubungan pembuat kebijakan antara kedua-dua negara termasuk jawatankuasa-jawatankuasa parlimen serta menambahbaik penyelarasan di badan-badan parlimen di peringkat wilayah dan antarabangsa.


"Saya berkongsi pandangan serta visi saya untuk Malaysia menerusi Malaysia MADANI yang amat selari dengan nilai, prinsip dan aspirasi yang dijelmakan oleh pemimpin China terutamanya melibatkan pembangunan yang mampan, aspek keharmonian, sikap saling hormat menghormati dan prinsip keadilan," katanya lagi.


Kali terakhir Pengerusi Zhao berkunjung ke Malaysia 11 tahun lalu dan beliau kagum dengan aspek pembangunan di Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.


Dalam pertemuan semalam juga Anwar menyampaikan undangan dari pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat kepada Pengerusi Zhao untuk melawat Malaysia, terutamanya dalam mengukuhkan persahabatan kemakmuran ekonomi bersama.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page