top of page

'Malaysia negara berdaulat, tidak tunduk kepada kuasa besar'



Malaysia mengekalkan pendirian sebagai negara bebas, berdaulat dan tidak memihak kepada mana mana kuasa besar.


Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pendirian itu sekali lagi diulang oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-37 di Hotel Hilton Kuala Lumpur kelmarin.


Tegas Shamsul, Malaysia kekal tidak tunduk kepada mana mana kuasa besar dalam pertembungan geopolitik terbaharu antara Amerika Syarikat dan China.


"PM Anwar menunjukkan hubungan yang kukuh dan membuahkan hasil Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan Malaysia akan terus berpegang erat pada hubungan yang produktif dan bermakna dengan rakan kongsi lain, sama ada rakan kongsi strategik atau komprehensif strategik yang telah lama wujud.


"Dalam soal perbincangan dan spekulasi berterusan tentang memilih mana-mana kuasa besar dunia pula, PM secara konsisten berkata hal itu tidak produktif (bersikap memihak) dan hanya akan menambahkan lagi ketidakpercayaan serta syak wasangka," katanya dalam kenyataan.


Shamsul turut menolak telahan sesetengah pihak kononnya Malaysia mula condong kepada satu kuasa besar. Katanya, Malaysia kekal dengan watak berkecuali sejak enam dekad lalu.


"PM terus menunjukkan sikap Malaysia yang berdikari. Ertinya, Malaysia akan terus berusaha untuk kepentingan nasional dan strategik negara kita. Malaysia berdiri untuk keamanan dan kemajuan serta pematuhan berterusan kepada undang-undang antarabangsa.


"Hal rukun antarabangsa (international order) pula, PM menunjukkan kebimbangan yang jelas dalam soal keamanan yang menjejaskan kestabilan dunia seperti tragedi kemanusiaan di Palestin, Ukraine dan Myanmar, serta krisis di Sudan, Afghanistan, Ethiopia dan Haiti," katanya.



Dalam pada itu negara, kata Pengarah Biro Politik KEADILAN itu, akan menjadi tumpuan pada tahun hadapan apabila menjadi pengerusi ASEAN.


Katanya, PM menegaskan ASEAN perlu bersama dalam mendepani krisis di Myanmar dengan mengambil kira krisis kemanusiaan dan hak asasi serta kesannya kepada rantau ini.


Menurut Shamsul lagi, atas semangat persahabatan serta persaudaraan sesama negara-negara ASEAN, PM mengajak bersama usaha dalam meneroka perdamaian di Myanmar, khususnya menerusi pematuhan kepada Konsensus Lima Perkara yang dicapai bersama di Jakarta pada April 2021.


Selain itu, katanya, Anwar juga mengutuk jenayah perang yang berterusan dilakukan rejim Israel ke atas Palestin


"PM bercakap tentang jenayah perang, kekejaman terang-terangan yang dilakukan di medan pertempuran dengan alasan untuk mempertahankan diri (Israel) yang tidak lain merupakan kempen pembunuhan beramai-ramai sistematik untuk menggantikan seluruh populasi orang asal sesebuah negara seperti umat di Palestin misalnya.


"Malaysia kekal akan terus bersuara dalam hal pembantaian umat Palestin oleh Israel. Rakyat Palestin hidup dalam keadaan tertindas dan terkepung. Sementara kita di negara-negara ASEAN pula masih hidup bebas, terhad dalam pengaruh dan kuasa kita tetapi berdaulat dan bebas," katanya lagi.


Tegas Shamsul, meskipun Malaysia bukan kuasa besar tetapi negara ini akan terus menggunakan kebebasannya untuk menyuarakan sikap dan ketegasan di arena politik antarabangsa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page