top of page

'Memaknakan merdeka, berdikari sumber makanan rakyat'



Merdeka sewajarnya mempunyai erti luas selain daripada pembebasan negara daripada penjajahan kuasa besar.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam perutusan hari kebangsaan hari ini berkata, Malaysia yang telah 65 tahun merdeka dan mempunyai muka bumi subur, sepatutnya telah merdeka dari segi sumber makanan untuk rakyatnya sendiri.


"Setelah 65 tahun merdeka negara kita masih lagi bergantung kepada banyak sumber makanan dari luar.


"Kita masih tidak berupaya untuk mencukupkan sumber bekalan makanan kita sendiri. Setahun lebih RM70 bilion wang negara dialir keluar untuk mencukupkan sumber makanan.


"Keadaan ini mesti diubah. Kita mesti sama sama bertekad untuk mencukupkan sumber makanan kita sendiri mulai sekarang


"Sempena ulang tahun kemerdekaan kita yang ke 66 tahun ini, marilah kita sama sama berusaha dengan lebih gigih utuk memastikan sumber dan bekalan makanan kita sentiasa cukup dan terjamin untuk semua," katanya dalam satu siaran media.


Sebelum itu, Mohamad mengimbau perjalanan hidupnya yang lebih tua 3 tahun daripada usia kemerdekaan negara.


Lahir dalam kalangan anak pesawah miskin di Kampung Guar Petai, Seberang Perai, Pulau Pinang sehinggalah mengorak langkah bersama majunya negara berganti daripada era pertanian kepada era perindustrian pada 1980an dan pernah bergelar Harimau Asia.


"Pada satu ketika pertumbuhan ekonomi negara kita pernah mengalahkan Korea Selatan dan China sehingga di gelar Tiger of Asia.


"Namun langit tidak selalu cerah. Beberapa dekad kebelakangan ini negara kita mula dilanda skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


"Hutang negara menimbun dan negara lain yang dulu di belakang kita sudah mula memintas kita dari sudut kewangan dan ekonomi serta kestabilan politik," katanya lagi.


Oleh itu, sempena Hari Kebangsaan yang disambut esok, Mohamad mengharapkan rkayat Malaysia akan berusaha lebih gigih demi memulihkan ekonomi negara di bawah Kerajaan Madani yang anti rasuah bagi menjadikan Malaysia gemilang semula sedikit masa lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page