top of page

Malaysia Madani: Kesaksamaan gender, wanita sebagai ejen pembangunan



Wanita seharusnya diberi lebih banyak peranan dalam pembangunan negara pada era Kerajaan Perpaduan.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athira Sabu.


Beliau menggariskan dua langkah utama untuk memartabatkan wanita dalam ucapan di Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan.


Katanya, Masyarakat Madani yang akan dibentuk oleh kerajaan hendaklah tidak mengkesampingkan golongan wanita dalam apa jua keadaan.


"Wanita bukan sebagai 'objek pembangunan' tetapi merupakan peserta aktif dalam setiap proses kemajuan.


"Kami ingin menyerukan wanita sebagai ejen pembangunan hendaklah diterjemahkan kepada perubahan hubungan lelaki dan wanita di tahap individu, komuniti, masyarakat, sekaligus memaknai negara bangsa," katanya di hadapan lebih 3,000 perwakilan.


Aiman dalam pada itu mahu hadirin mengetahui peranan pentingnya wanita dalam urusan perekonomian, sama ada yang kecil mahu pun besar.


Katanya, wanita terlibat dalam industri desa, pekerja industri sehinggalah penglibatan dalam bidang korporat atau sebagainya dalam usaha memajukan negara


Oleh itu, tegas beliau, wanita amat memerlukan akses kepada sokongan Kerajaan Madani.


"Justeru, pelan Madani yang berjaya adalah pelan Mendayaupaya Wanita. Kami meminta agar wanita diberi akses sama rata dalam semua faktor dan proses pengeluaran, modal, kredit, bantuan teknikal, latihan dan sokongan sosial, hatta diizin restu menjawat salah satu posisi tinggi awam sepertimana Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Negara," ujarnya.


Di samping itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga mahu wanita terus memperjuangkan kesaksamaan gender kerana penyertaan wanita dalam proses pembangunan masih terbatas hanya kepada kumpulan elit tertentu, intelektual dan para aktivis.


"Sedangkan semua peringkat dan lapisan wanita dalam masyarakat harus dilibatkan termasuklah suri rumah, ibu tunggal dan golongan rentan.


"Untuk itu, kami ingin menyarankan Madani yang beragenda untuk mendayaupaya masyarakat dan rakyat Malaysia adalah Madani yang peka gender, bukan sahaja pada equality tetapi juga equity!


"Kami mahu giat disusun siri program kepekaan gender secara bersama-sama, demi perpaduan yang kami cita dan cintakan. Ini supaya pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat akan menjadi Pembangunan Sosial Madani yang sihat dan berdaya saing tinggi.


"Malaysia Madani adalah Malaysia yang harus komited untuk memenuhi wanita sebagai penerima bersama manfaat pembangunan, wanita sebagai ejen transformasi sosial dan budaya dan wanita adalah penerima sepenuhnya potensi wanita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page