top of page

Malaysia Madani berpaksikan prinsip akhlak

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 16, 2024
  • 1 min read


Malaysia Madani berpaksikan prinsip akhlak mulia umara dan ulama.


Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, konsep itu ditunjukkan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan antarabangsa zakat Pulau Pinang hari ini dalam menyambut ketibaan Mufti Pulau Pinang.


"Tentunya dalam membangun Malaysia yang berpaksikan kepada prinsip akhlak, hubungan yang baik antara pemimpin dan ulama menjadi keutamaan.


"PMX DS @anwaribrahim dalam program persidangan antarabangsa zakat Pulau Pinang hari ini menunjukkan contoh untuk pemimpin agar sentiasa menghormati dan menyantuni para ulama," kata Shamsul dalam aplikasi X.


Tambah beliau, amat jarang PM akan menyambut ulama sebagaimana akhlak yang ditunjukkan Anwar dan seharusnya diteladani oleh rakyat, terutamanya generasi muda Melayu.


"Beliau bangun dan menyambut Sahibussamahah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum memimpin bacaan doa," kata Shamsul lagi.


Persidangan tersebut adakan selama dua hari oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP dan Pusat Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang (Al-Hady Centre).


Ia bertemakan "Inovasi Tadbir Urus Zakat dalam Merapatkan kesenjangan Sosio-Ekonomi Ummah".

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page