top of page

Malaysia Madani bela golongan minioriti - Thiban Subbramaniam




Malaysia Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja membela golongan bawahan tetapi juga untuk mewujudkan keseimbangan sosial tanpa mengira kaum.


Menurut Ketua Cabang Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam, tidak benar Anwar kurang melakukan pembelaan kepada golongan minioriti terutama masyarakat India sepanjang beberapa bulan beliau memegang jawatan PM.


Katanya, pada peringkat awal ini golongan minioriti yang menghadapi insiden kemiskinan akan dibela di bawah Payung Rahmah, Inisiatif Pendapatan Rakyat dan lain lain skim bantuan sementara menunggu program yang lebih bersasar.


"Setelah beliau jadi PM kita dengar suara dari beberapa golongan, khususnya dari pembangkang dan sebagainya yang menyatakan beliau perlu membuat sesuatu yang besar kepada golongan minioriti ini


"Saya percaya memang dalam perancangan beliau untuk melaksanakan beberapa agenda perubahan. Bukan hanya untuk minioriti tetapi juga sebagai masyarakat Madani. Di mana beliau memperkenalkan inisiatif Malaysia Madani sebagai langkah permulaan bagi menyatupadukan masyarakat untuk memastikan golongan majoriti dan minioriti itu dijaga dari segi keperluan masyarakat itu sendiri.


"Kita melihat beberapa program dan dasar kerajaan diperkenalkan baru baru ini khusus kepada rakyat, termasuk masalah membasmi kemiskinan. Semua itu tidak mengambil kira dari sudut kaum atau agama semata mata tetapi keperluan masyarakat itu sendiri," katanya.


Menurut Thiban lagi, agenda pembelaan tanpa mengira kaum tersebut akan membawa hasil yang positif pada jangka panjang apabila agenda sifar kemiskinan tegar untuk semua kaum berjaya direalisasikan maka keadaan sosio-ekonomi negara akan bertambah baik.


"Bila kita buat satu dasar berdasarkan keperluan rakyat, itu sekali gus memperjuangkan hak hak minioriti juga


"Saya rasa Datuk Seri Anwar telah memulakan agenda membantu tanpa mengira kaum dan agama, dan ini sekali gus akan membina sebuah dasar untuk golongan minioriti yang tidak terpinggir dalam masyarakat Madani," katanya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page