top of page

Malaysia lemah nyatakan pendirian kecam serangan Rusia ke atas Ukraine - Sim Tze Tzin



Pendirian Malaysia, khususnya Perdana Menteri (PM) yang tidak mengecam keras serangan Rusia ke atas Ukraine menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat.


Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin mempersoalkan sikap PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak menyelar Rusia di atas pelanggaran undang undang antarabangsa sehingga mengorban banyak nyawa orang awam yang tidak berdosa.


"Saya kecewa membaca kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri semalam. Kenyataan itu lemah, tiada keyakinan dan gagal mewakili pendirian Malaysia; perintah antarabangsa yang aman, berasaskan peraturan dan penyelesaian konflik secara aman.


"Kenyataan "Situasi di Ukraine" tidak langsung menyebut Rusia yang telah menyerang Ukraine. Mengapakah Perdana Menteri begitu takut untuk memanggil (Rusia) penceroboh?


"Kenyataan "Situasi di Ukraine" mendedahkan situasi di Putrajaya, kepimpinan yang lemah tanpa mengambil kira hal ehwal antarabangsa," katanya.


Menurut Sim lagi, Malaysia sebelum ini telah menjadi mangsa peperangan yang ditaja Rusia di Ukraine sehingga menyebabkan pesawat penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak di Donbass yang disokong kuasa besar itu.


Hal itu, kata Sim, seharusnya tidak mewajarkan pemerintah Malaysia bersikap lembut menghadapi Rusia.


"Malaysia menjadi mangsa konflik antara Rusia dan Ukraine. Malaysian Airlines MH17 dikatakan ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia.


"Kenyataan lemah seperti ini mengecewakan ramai mangsa yang keluarganya yang masih mencari keadilan melalui mahkamah antarabangsa.


"Malaysia mesti berpendirian kuat dan menyertai masyarakat dunia dalam mengutuk pencerobohan Rusia.


"Minggu ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan menjemput Wisma Putra untuk memberi taklimat mengenai pendirian Malaysia di Ukraine. Sebagai ahli jawatankuasa, saya akan bertanya soalan yang sukar supaya Malaysia melakukan perkara yang betul dalam krisis ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page