top of page

Malaysia lawan Thailand: Dua kementerian sediakan 14 skrin besar



Bagi menyemarakkan sokongan rakyat kepada pasukan Skuad Harimau Malaya yang menentang Thailand malam ini dalam Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric Separuh Akhir 1, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Perpaduan Negara akan menyediakan skrin besar di 14 lokasi bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.


Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, rakyat yang tidak berkesempatan ke stadium boleh merasakan debaran perlawanan tersebut secara beramai ramai malam ini.


"KBS dan Kementerian Perpaduan Negara akan menyediakan skrin besar di 14 lokasi bagi memastikan rakyat boleh menikmati aksi Malaysia melawan Thailand.


"Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir," ciapnya di Twitter.


Pasukan Malaysia dijadual menentang Thailand dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Sementara itu lokasi skrin besar yang ditentukan ialah di Dataran Merdeka, Kuala Lumur; Perbadanan Putrajaya Presint 3; Kompleks Belia & Sukan Batu Uban P Pinang; Meow Garden Ulu Kinta Perak; Laman MBPJ Petaling Jaya Selangor; Dataran Kemerdekaan Shah Alam; perkarangan Majlis Perbandaran Sepang; Dataran Stadium Kajang; Dataran Tanah Lesen Sungai Tawar Sabak Bernam, Kompleks Belia & Sukan Paroi Negeri Sembilan; Restoran Al Marjan MITC Ayer Keroh Melaka; Dewan Bandaraya Kuantan Pahang; Mydin Petrajaya Kuching Sarawak dan Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page