top of page

Malaysia lancar langkah kurangkan kebergantungan import makanan



Kebergantunan negara terhadap import makanan tidak menguntungkann rakyat.


Kerajaan akan melancarkan beberapa projek perintis bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan mentah import tidak lama lagi.


Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata, kementeriannya dan sejumlah kementerian lain antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka beberapa strategi bagi mencapai objektif tersebut.


"Kita sedang merangka strategi baru terutama melibatkan rantaian makanan. Ia agar lebih banyak sumber dalam negara dapat kita gunakan bagi menggantikan makanan import.


"Ini adalah penyelesaian mudah dan insya-Allah ia akan diumumkan dari masa ke masa," katanya pada sidang media berhubung penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 semalam.


Sementara itu Rafizi menjelaskan bahawa kementerian diterajuinya memberikan tumpuan terhadap pengurusan harga barang di pasaran yang memberi kesan langsung terhadap kos hidup rakyat selain isu gaji dinikmati golongan pekerja di negara ini.

"Ada orang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi bercerita harga barang sebab selalunya kementerian ini sibuk dengan cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya.


"Walaupun kerja ini nampak selalunya dipermainkan, inilah yang ada kesan paling besar kepada rakyat," jelas Ahli Parlimen Pandan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page