top of page

Malaysia lakar sejarah dilantik Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO 2025-2029

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia melakar sejarah di pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, pelantikan tersebut merupakan pengiktirafan global terhadap kepimpinan, sumbangan dan keupayaan Malaysia dalam memacu agenda pendidikan, sains dan kebudayaan dunia.


"Mewakili Malaysia, saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua negara anggota UNESCO yang memberi kepercayaan ini


"Kejayaan ini hasil usaha bersama dari pasukan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malausia, Kementerian Pendidikan, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO, Kementerian Luar Negeri dan rakan-rakan strategik yang sentiasa komited memperjuangkan kepentingan bersama di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sementara itu beliau menegaskan, pelantikan itu yang diumumkan pada Persidangan Agung UNESCO Ke-43 yang berlangsung di Samarkand, Uzbekistan merupakan mandat besar kepada Malaysia untuk memastikan suara negara membangun, khususnya di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik, terus didengari dalam perbincangan dasar global.


Justeru, Malaysia akan terus menjadi rakan yang strategik, proaktif dan konstruktif di UNESCO, memacu dasar dan inisiatif yang memartabatkan pendidikan berkualiti, memperkukuh sains dan teknologi untuk pembangunan mampan, serta memelihara warisan budaya dan alam sekitar dunia.


"Malaysia akan memainkan peranan strategik dalam membentuk hala tuju UNESCO untuk empat tahun akan datang, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani dan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030," tambah Fadhlina.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page