top of page

Malaysia kukuh kerjasama pertahanan dengan Indonesia



Malaysia dan Indonesia akan terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.


Komitmen itu dinyatakan Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada Khamis susulan kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto ke atas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan.


"Kedua-dua menteri yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu lagi.


Pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu adalah julung kali diadakan antara mereka sejak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Disember tahun lepas.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahary; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohamad Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.


Pada pertemuan itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo yang dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini.


Mohamed Khaled turut menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan yang akan memberi kesan positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.


Prabowo tiba Pangkalan Udara Subang malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau pada Khamis ke Malaysia.


Beliau memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page