top of page

Malaysia - Korea Selatan kaji tambah baik kerjasama bidang ICT



Malaysia dan Korea Selatan bersetuju untuk menambah baik dan meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Sains dan ICT Republik Korea, Yoo Sang-Im di Seoul semalam susulan lawatan beliau ke sana.


"Kami antara lain berhasrat untuk menambah baik intipati memorandum persefahaman melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang, November ini.


"MoU itu telah ditandatangani pada 2019 oleh Malaysia dan Republik Korea.


"Aspek penambahbaikan dicadangkan termasuk melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai bidang, sejajar perkembangan era digital," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum itu Fahmi mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat telekomunikasi Korea Selatan yang memberi fokus bukan sekadar kepada infrastruktur 5G, tetap juga ‘AI-powered 5G’, dan memanfaatkan internet pantas untuk aplikasi AI.


Katanya, kebanyakan gergasi teknologi komunikasi di negara itu tidak berhasrat untuk mengejar teknologi 6G kerana baharu sahaja menyelesaikan pelaksanaan spektrum 5G sepenuhnya.


"Dalam kebanyakan perbincangan saya, sama ada dengan menteri atau pihak industri, mereka menunjukkan bahawa fokus sekarang adalah aplikasi.


"Internet 5G memang laju, tapi bila sudah laju, apa kita buat dengan kelajuan? Jadi, fokusnya adalah AI," kata beliau lagi.


Untuk rekod, Fahmi sebelum ini melawat China dalam kerangka membincangkan teknologi terbaharu ICT.


Semalam beliau tiba di Korea Selatan untuk menyertai persidangan GSMA Mobile 360 APAC yang berlangsung pada 1 Okt hingga 2 Okt, dan beliau dijadual menyampaikan ucaptama menerusi sesi "Building the AI-Enabled Digital Backbone.


GSMA ialah badan perdagangan yang mewakili kepentingan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page