top of page

Malaysia komited perkukuh sektor keselamatan siber, perlindungan data

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi melawat Pusat Siber Serantau Leonardo di Shah Alam selepas melancarkannya
Datuk Fahmi melawat Pusat Siber Serantau Leonardo di Shah Alam selepas melancarkannya

Kerajaan MADANI akan terus menjadikan isu keselamatan siber dan perlindungan data sebagai tumpuan utama selaras usaha menjadikan Malaysia peneraju keselamatan siber di Asia Tenggara.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting memandangkan ekonomi digital kini menyumbang 25.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.


"Kita dapati keselamatan siber antara isu kritikal bukan hanya untuk syarikat-syarikat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia kerana data adalah antara perkara yang paling penting," katanya dipetik selepas melancarkan Pusat Siber Serantau Leonardo di Shah Alam pada Rabu.


Leonardo yang telah bertapak di Malaysia lebih 40 tahun, menyumbang kepada pembangunan sektor pertahanan dan aeroangkasa negara.


Pengarah Urusan Bahagian Penyelesaian Siber & Keselamatan Leonardo, Andrea Campora berkata, Malaysia dipilih sebagai lokasi Pusat Siber Serantau terbaharu syarikat kerana kestabilan politik selain visi digital kerajaan serta komitmennya melindungi infrastruktur kritikal.


Sementara itu menurut Fahmi, pelaburan syarikat Itali itu mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka peluang untuk Malaysia menawarkan perkhidmatan keselamatan siber pada skala serantau.


Kerajaan juga jelasnya berminat meneliti model sovereign cloud dibangunkan Leonardo di Itali dari segi keselamatan dan kedaulatan data.


"Kita akan teliti apa yang telah berjaya mereka lakukan di Itali," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page