top of page

Malaysia komited perkukuh diplomasi sains rantau ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read
Chang Lih Kang (tengah) Persidangan Antarabangsa mengenai Diplomasi Sains ASEAN
Chang Lih Kang (tengah) Persidangan Antarabangsa mengenai Diplomasi Sains ASEAN

Malaysia komited memperkukuh diplomasi sains sebagai jambatan strategik bagi membina kepercayaan, memperkukuh perkongsian strategik, dan menyatukan kekuatan kolektif ASEAN dalam menangani cabaran bersama.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, diplomasi sains tidak hanya terbatas kepada pertukaran ilmu atau kepakaran semata-mata, sebaliknya menjadi asas kerjasama serantau yang mampan dan saling menguntungkan.


"Diplomasi sains adalah mekanisme penting untuk memupuk kepentingan bersama, hanya sekadar pertukaran ilmu atau kepakaran.


"Ia seharusnya dijadikan asas kerjasama serantau yang mampan, mekanisme penting memupuk kepentingan bersama yang melangkaui sempadan," katanya dipetik.


Chang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata begitu ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Diplomasi Sains demi Kesejahteraan Serantau ASEAN di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya pada Selasa.


Persidangan dua hari menghimpunkan penggubal dasar, saintis, diplomat, ahli akademik dan pemimpin industri dari seluruh ASEAN dan luar negara itu dianjurkan secara bersama oleh MIGHT dan Institut Antarabangsa untuk Diplomasi Sains dan Kelestarian (IISDS) Universiti UCSI.


Selain membincangkan potensi dan cabaran diplomasi sains, ia juga bertujuan membentuk kesepakatan serantau dalam memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai enjin pertumbuhan mampan.


Sementara itu, Chang turut menegaskan komitmen Malaysia dalam melaksanakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030, serta peranan aktif negara dalam merangka Pelan Tindakan ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (APASTI) 2026-2035 yang baharu.


Beliau turut mendedahkan, cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Diplomasi Sains ASEAN yang dipelopori Malaysia sedang diteroka sebagai inisiatif jangka panjang untuk memperkukuh platform pertukaran ilmu dan kolaborasi serantau.


"Kita mahu ASEAN dilihat sebagai kuasa sains yang bersatu, di mana kekuatan bersama menjadi aset penting untuk kemakmuran dan kesejahteraan rantau ini," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page