top of page

Malaysia kecam veto AS, kecewa UNSC gagal bertindak di Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia melahirkan rasa kesal dan kecewa atas kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangani tragedi kemanusian di Gaza.


Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan tegas menyifatkan kegagalan tersebut – yang berpunca daripada penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat – sebagai amat mengecewakan, apatah lagi ia melibatkan salah satu tragedi kemanusiaan paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua.


"Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus membunuh orang awam, melakukan tindakan genosid, dan menggunakan kebuluran serta sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang," tegas kenyataan itu.


Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memveto draf resolusi UNSC yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal” di Semenanjung Gaza, menurut laporan media antarabangsa.


Draf oleh Slovenia bagi pihak 10 negara ahli Majlis — termasuk Algeria, Denmark, Greece, Guyana, Panama, Pakistan, Korea Selatan, Sierra Leone, Somalia dan Slovenia — menerima 14 undi sokongan, namun gagal diluluskan susulan veto AS.


Antara lain, draf itu menyatakan “kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang dahsyat, termasuk risiko kebuluran,“ dan mengingatkan kewajipan semua pihak untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi antarabangsa.


Sementara itu Wisma Putra dalam kenyataan sama menyeru komuniti antarabangsa untuk tidak berputus asa dan meneruskan usaha bagi memastikan keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah.


"Rejim Zionis Israel harus sedar bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara," jelas kenyataan tersebut lagi.


Pendekatan ini, menurut Wisma Putra, kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia dan selaras dengan pendirian majoriti masyarakat antarabangsa.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page