top of page

Malaysia kecam tindakan Israel halang bantuan masuk ke Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengiktiraf peranan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin termasuk Gaza.


Kementerian Luar (Wisma Putra) menegaskan keputusan pada Rabu itu mengesahkan kewajipan Israel untuk menghormati kehadiran dan operasi badan antarabangsa dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan.


"Malaysia mengalu-alukan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mengesahkan peranan penting PBB.


"Khususnya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk di Gaza," kata kenyataan itu.


Sementara itu Malaysia turut mengeluarkan kecaman terhadap tindakan Israel yang menyekat bantuan serta menyerang petugas kemanusiaan.


Tindakan itu dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta larangan penggunaan kebuluran sebagai senjata perang.


"Israel perlu memastikan premis dan aset UNRWA tidak dicerobohi, serta menghormati hak keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada PBB seperti termaktub dalam Konvensyen Keistimewaan dan Kekebalan PBB 1946.


"Malaysia juga menyeru agar Pendapat Nasihat ini dilaksanakan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan ke Gaza," jelas Wisma Putra.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page