top of page

Malaysia kecam keras serangan Israel ke atas Rafah - Wisma Putra



Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel ke atas Rafah, selatan Gaza semalam, kata Wisma Putra.


Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin yang tidak bersalah terbunuh termasuk 18 kanak-kanak.


"Situasi di Rafah adalah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.


"Sebarang serangan di Rafah akan mengakibatkan implikasi yang dahsyat kepada lebih 1.5 juta rakyat Palestin yang berada di tempat perlindungan sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64 km persegi," kata kenyataan itu hari ini.


Wisma Putra berkata pencerobohan Israel akan menyebabkan kehilangan nyawa yang semakin meningkat.


"Rafah adalah benteng dan tempat perlindungan terakhir bagi rakyat Palestin yang melarikan diri dari utara Gaza sejak 198 hari lalu. Mereka kini tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung," ujarnya.


Kementerian Luar berkata, kekejaman Israel semakin melampau kerana ia sama sekali tidak menghiraukan garis merah yang ditetapkan sekutunya.


Pada bulan lalu, Israel telah diberi amaran oleh negara-negara sekutunya untuk mengelak daripada menyerang Rafah kerana ia akan membawa kepada kesilapan yang fatal.


"Serangan ini ternyata membuktikan kedegilan Israel. Masyarakat antarabangsa perlu terus mengecam pencerobohan Israel, mendesak pemberhentian permusuhan dengan segera, mengiktiraf dan menegakkan Kenegaraan Palestin dan secara aktif mendapatkan keadilan yang telah dinafikan selama lebih tujuh dekad," kata Wisma Putra.


Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini berkata, Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan ameneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.


Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di badan dunia itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page