top of page

Malaysia kecam keputusan Israel mengambil kedaulatan Tebing Barat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel mengisytiharkan pengilhakan (mengambil alih kedaulatan) Tebing Barat yang diduduki sebagai sebahagian daripada wilayahnya.


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menegaskan, keputusan Knesset (Parlimen Israel) itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva Keempat serta mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Resolusi 242, 338 dan 2334.


"Ketiga-tiga Resolusi itu menolak sebarang usaha membenarkan pendudukan haram rejim Zionis ke atas wilayah Palestin yang diduduki," kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, Wisma Putra menegaskan pendirian Malaysia yang kekal teguh menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


Justeri Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan PBB menolak sekeras-kerasnya usul itu dan mengambil langkah konkrit bagi menghentikan pencabulan sistematik Israel terhadap undang-undang antarabangsa.


"Keputusan Knesset ini satu provokasi dan penafian terang-terangan terhadap hak rakyat Palestin, termasuk hak menentukan nasib sendiri dan menentang pendudukan haram


"Jika dibiarkan berlarutan, masyarakat antarabangsa akan turut dipertanggungjawabkan dalam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap Palestin," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page