top of page

Malaysia kecam insiden terbaharu bakar al-Quran di Sweden - Menteri Luar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30, 2023
  • 1 min read


Malaysia mengeluar kenyataan mengutuk tindakan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar al-Quran di sebuah masjid di Stockholm pada Selasa.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan itu menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.


Malah ia bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.


"Tindakan itu ternyata mencemarkan kitab suci dan ia sekali gus melanggar prinsip untuk menghormati serta memahami semua agama dan kitab suci masing-masing.


"Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kita meningkatkan rasa hormat dan persefahaman untuk kebaikan bersama," katanya dalam Twitter semalam.


Pada Selasa, seorang lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan lelaki itu yang membakar kitab suci itu.


Dia pada mulanya dilihat mengoyakkan beberapa helaian al-Quran sebelum mengelap kasutnya dan kemudian meletakkan hirisan bacon sebelum membakar kitab suci umat Islam itu.

Dua minggu lalu mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page