top of page

Malaysia jangka pelaburan Jepun sehingga RM30 bilion tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 5, 2023
  • 1 min read

Updated: Nov 6, 2023




Malaysia menjangkakan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion pada tahun ini berdasarkan keyakinan negara matahari terbit itu terhadap pemulihan ekonomi Malaysia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik Bernama berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan akan terdapat pelaburan baharu dari Jepun dalam dua bulan berbaki tahun ini.


"Ini sangat mengagumkan daripada syarikat (Jepun) yang sudah pun melabur di Malaysia, yang sentiasa membuat komitmen untuk meningkatkan dan mengembangkan pembangunan mereka ke Malaysia," kata Anwar dalam sidang media menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Putrajaya hari ini.


Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar juga menekankan kerjasama bersama Jepun sebagai negara rakan Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia yang komited untuk melaksanakan usaha menyahkarbon dan mencapai aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih yang lebih besar.


"Perbincangan kami memberi keutamaan kepada peralihan tenaga. Kita berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Jepun kerana kita telah mengeksport gas asli cecair melalui Petronas selama beberapa dekad dan ini adalah sesuatu yang Perdana Menteri Kishida dan delegasinya sangat berminat untuk lakukan," katanya.


Perdana Menteri Jepun yang tiba hari ini dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page