top of page

Malaysia jalin kerjasama sains dan inovasi dengan Sepanyol



Malaysia memperkukuh lagi hubungan antarabangsa khusus kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dengan negara luar.


Terbaharu kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mementerai satu Memoradum Persefahaman (MoU) dengan Sepanyol untuk mempromosi kerjasama yang bermanfaat buat kedua-dua negara dalam penyelidikan dan pembangunan.


Antara lain ia membabitkan pertukaran kepakaran, persidangan saintifik bersama, penggunaan kemudahan saintifik bersama dan lain-lain bidang kerjasama dalam kerangka MoU itu.


"Dengan pemeteraian MoU ini, kedua-dua negara bersedia untuk meneroka kerjasama seterusnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi termasuk bioteknologi, sains angkasa lepas, pembuatan termaju dan pembuatan bahan," kata Menterinya, Chang Lih Kang.


Terdahulu pada Jumaat, Lih Kang menandatangani MoU bagi pihak Malaysia dan Ketua Setiausaha (Penyelidikan) Kementerian Sains dan Inovasi (MCIN) Sepanyol Raquel Yotti bagi pihak Sepanyol.


Sementara itu, MOSTI berkata satu daripada program yang berjaya mempamerkan sinergi kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol ialah Malaysia Spain Innovating Programme (MYSIP).


MYSIP adalah program bersama antara Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), sebuah agensi di bawah MOSTI, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Pusat Pembangunan Teknologi Perindustrian (CDTI) Sepanyol.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page