top of page

Malaysia jadi pentas belia ASEAN teroka bidang kreatif - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Malaysia bersedia memainkan peranan utama dalam memperkasakan belia serantau dengan menjadi pentas kepada penganjuran pelbagai program kreatif dan inklusif sepanjang kepengerusiannya dalam ASEAN tahun ini.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, melalui perancangan penganjuran persidangan ASEAN di beberapa bandar utama termasuk Kuala Lumpur, Georgetown, Kuching dan Johor Bahru adalah peluang melibatkan golongan muda seperti persidangan, dialog, festival, serta persembahan seni dan budaya.


"Semua lokasi-lokasi ini kita akan pastikan berlaku dan teranjur acara-acara yang melibatkan terutama sekali golongan muda golongan belia dalam bentuk conference (persidangan), dialog, festival, pentas seni budaya dan sebagainya.


"Kita nak letakkan lebih banyak lagi elemen kebersamaan dan keterangkuman ASEAN dalam acara-acara ini. Ini bukan sahaja peluang untuk kita tonjolkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tapi juga kita jadikan peluang ini untuk lebih mengenali jiran tetangga kita sendiri," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Adam, dalam konteks cabaran semasa seperti ketidaktentuan sosio-ekonomi dan geopolitik, Malaysia menekankan perlunya kerjasama erat antara negara anggota ASEAN dan dengan penganjuran acara belia ini dilihat sebagai strategi penting untuk memperkukuh solidariti serantau dan membina masa depan bersama.


Ujarnya lanjut, Malaysia yang berada di hadapan dari segi kestabilan ekonomi, taraf pendidikan dan kualiti hidup diyakini sebagai lokasi strategik untuk memimpin reformasi tenaga muda serantau dan Malaysia boleh menjadi contoh kepada bagaimana kreativiti dan inovasi boleh menjadi pemacu kepada pembangunan masa depan.


Melalui penganjuran dan pertemuan dijangka membuka peluang kerjasama di kalamgan komuniti belia ASEAN dalam pelbagai sektor kreatif dan keusahawanan, seterusnya menyemarakkan pertumbuhan serantau yang lebih inklusif dan berdaya saing.


"Jadi anak-anak muda ini, tenaga-tenaga baru ini, yang kreatif, yang ada idea tentang ekonomi baru, yang sedang meneroka pasaran-pasaran yang sebelum ini belum pernah diteroka, yang sedang mencipta peluang-peluang yang mungkin selama ini tidak pernah difikirkan.


"Inilah yang kita pastikan supaya bila kita anjurkan program-program sempena kepengerusain ASEAN, kita tidak hanya anjurkan dengan tujuan untuk memaparkan bendera negara-negara ASEAN sahaja, sebaliknya kita adakan dengan tujuan untuk menggalakkan anak-anak muda kita mengambil peluang," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page