top of page

Malaysia - Iran sokong penuh tamatkan kekejaman Israel di Palestin



Malaysia dan Iran membulatkan tekad menyokong segala usul Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Negara-Negara Liga Arab yang mengadakan sidang tergempar di ibu negara Arab Saudi, Riyadh semalam.


Dalam pertemuan Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PM Republik Islam Iran, Seyyed Ebrahim Raisi di sela sela mesyuarat OIC, deklarasi pertubuhan itu didukung sepenuhnya oleh kedua dua negara.


"Dalam pertemuan penuh bermakna ini, kami sebulat suara bersetuju agar kekejaman Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.


"Kami mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta.


"Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat," kata Anwar dalam kenyataan.


Iran merupakan negara ketenteraan paling berpengaruh dalam konflik Asia Barat kerana mendukung sayap bersenjata Hizbollah di Lubnan yang dijangka bakal melancarkan serangan skala besar ke Israel sekiranya rejim Zionis itu terus membantai beramai ramai umat Islam di Gaza.


Dalam pertemuan itu juga PM berkata, kedua-dua pihak menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu.


"Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam.


"Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.


"Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama," katanya lagi.


Pada tahun 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah sebanyak RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2% dari tahun 2021) dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page