top of page

Malaysia–Indonesia kukuh kerjasama digital, media

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 1
  • 1 min read

Datuk Fahmi bersama Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid
Datuk Fahmi bersama Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid

Malaysia dan Indonesia komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang komunikasi, media dan infrastruktur digital demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.


Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzi berkata, perkara itu dizahirkan pada pertemuan beliau bersama Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid bersempena Mesyuarat Menteri "Asia-Pacific Telecommunity" 2025, di Tokyo.


"Kami menyentuh pelbagai aspek penting dalam kerjasama dua hala, terutama sekali dalam komunikasi, media dan infrastruktur digital yang kini menjadi tulang belakang kepada ketelusan maklumat dan pembangunan masyarakat bermaklumat.


"Antara fokus utama perbincangan adalah memperkukuh hubungan antara agensi berita nasional kedua-dua negara, BERNAMA (Malaysia) dan ANTARA (Indonesia)," jelas Fahmi dalam satu kenyataan di Facebook.


Tambahnya, kerjasama itu akan merangkumi pertukaran bahan berita, liputan rentas sempadan, serta kerjasama dalam latihan dan pembangunan profesional media bagi memastikan kedua-dua agensi terus kekal relevan, berwibawa dan mampu menyampaikan maklumat yang tepat, seimbang dan membina kepada rakyat.


Sementara itu Fahmi berkata, pada pertemuan itu beliau turut menyentuh usaha memperkukuh jaringan wartawan profesional serta membina persefahaman antara rakyat kedua negara menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI).


"Berbekalkan semangat kejiranan dan nilai bersama yang utuh, kami percaya Malaysia dan Indonesia mampu terus memperluas kerjasama dalam bidang komunikasi demi kepentingan dan kebaikan rakyat kedua-dua negara," tambahnya.

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page