top of page

Malaysia import makanan, banyak mata wang asing mengalir keluar



Oleh: Abdullah Zaid


Kemerosotan nilai ringgit yang melebihi RM4.70 untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini diburukkan lagi dengan banyaknya tukaran asing digunakan oleh Malaysia untuk mengimport bahan makanan.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim, oleh kerana kebanyakan perdagangan dunia dilakukan dalam dolar AS maka lebih banyak mata wang itu diperlukan untuk mengimport makanan yang sebahagiannya boleh ditanam di negara ini.


"Mata wang (ringgit) lemah, kita masih lagi mengimport banyak makanan daripada luar. Jadi sudah tentu matawang AS yang didagang, jadi beri kesan kepada kenaikan harga barang walaupun masih lagi terkawal," katanya.


Pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara ini mengimport produk makanan bernilai RM75.6 bilion berbanding eksport yang bernilai RM44.6 bilion.


Sementara itu, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan itu, kerajaan telah melakukan beberapa perkara bagi mengurangkan beban kehidupan rakyat akibat kemerosotan ringgit dengan melaksanakan beberapa skim bantuan.


"Apa kerajaan buat sekarang?


"Kerajaan telah meningkat sumbangan Rahmah kepada rakyat yang terkesan


"Begitu juga MySara bagi menampung sedikit beban, kemudian skim persaraan kakitangan awam yang dibuat ketika ini begitu juga bantuan veteran (tentera) yang berpencen dan tidak berpencen.


"Ini adalah langkah-langkah sementara, kita pastikan kerajaan tampung bagi meredakan masalah mata wang lemah," katanya.


Selain itu, Kamil yakin dengan kenyataan Bank Negara Malaysia baru baru pada 2024 ringgit akan kembali mengukuh kerana fundamental ekonomi Malaysia yang baik.


Kejatuhan nilai katanya, hanyalah fenomena sementara berikutan tindakan Federal Reserve AS menaikkan kadar faedah sehingga 5% berbanding Malaysia pada 3%.


Hal itu, katanya menyebabkan pelabur menyimpan wang dalam dolar bagi mendapatkan keuntungan.


Sementara Malaysia tidak akan menaikkan kadar faedah bagi mengelakkan rakyat yang meminjam di bank menghadapi beban hutang bertambah.



Kadar faedah Malaysia paling rendah di Asia menyebabkan pelabur menyimpan wang dalam dolar

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page