top of page

Malaysia hargai pendekatan China elak jurang konflik - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia mengiktiraf dan menghargai pendirian China yang konsisten, serta sedar tentang ketenangan dan harapan yang dibawanya kepada rantau ini dan dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap dalam majlis makan malam bersama Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri berkata Malaysia turut menyeru semua pihak agar berhenti sejenak untuk merenung dan mengelak daripada menghampiri jurang konflik.


"Dalam suasana yang mencabar ini, dunia mengharapkan kestabilan, kecekalan dan kejelasan matlamat.


"Kami melihat sifat-sifat ini dalam pendekatan China," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam majlis tersebut di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.


Perdana Menteri berkata hubungan Kuala Lumpur dan Beijing yang memasuki lebih lima dekad, kekal utuh dan diperbaharui menerusi dialog dan diperkuatkan melalui tindakan bersama di tengah-tengah dunia menyaksikan pelbagai perubahan.


"China kekal sebagai rakan dagang paling penting bagi Malaysia, dan pengaruhnya jelas dalam pelbagai aspek pembangunan negara – merangkumi aliran perdagangan, pemindahan teknologi, serta pembangunan tenaga, infrastruktur dan inovasi," katanya.


Dalam hal ini Anwar menjelaskan China banyak tampil dengan insiatif yang menjadi nafas baharu ketika multilateralisme berdepan tekanan hebat dengan sebahagian pihak mengabaikan prinsip tanggungjawab bersama.


"Apabila kuasa besar melanggar peraturan, yang terjejas bukan sekadar kemakmuran – bahkan asas kepada keamanan sejagat juga boleh terancam," jelas Anwar.


Sebaliknya jelas beliau China telah telah tampil dengan pendekatan "berorientasikan keterbukaan, bukan keasingan".


"Ia menyeru kepada pembaharuan, bukan persaingan semata-mata," ujarnya.


Dalam kemelut dunia hari ini, Anwar berkata China kekal sebagai rakan yang rasional, konsisten dan boleh dipercayai.


"Malaysia menghargai keutuhan ini dan akan terus menjadi sahabat yang jujur dan berprinsip – berpaksikan panduan sejarah dan keyakinan terhadap masa depan yang lebih baik.


"Dasar luar kami disandarkan kepada kepentingan negara yang jelas dan prinsip Kepusatan ASEAN. Kami menantikan Sidang Kemuncak ASEAN – GCC – China yang pertama pada bulan Mei, diikuti oleh Sidang Kemuncak ASEAN – Amerika Syarikat," ujarnya lagi.


Terdahulu kedua-dua pemimpin membincangkan Kerjasama dua hala selain bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa melibatkan kepentingan bersama.


Kedua-dua mereka juga menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian dan nota antara Malaysia dan China.


MoU dan nota itu antaranya melibatkan inisiatif keselamatan global di bawah Kementerian Luar, kerjasama dialog pertahanan, perjanjian pengecualian visa, perdagangan, pendidikan tinggi, pelancongan dan media.


Ia juga melibatkan kerjasama penyelidikan dan pemuliharaan panda gergasi dan harta intelek.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page