top of page

Malaysia gesa PBB pastikan keselamatan anggota pengaman UNIFIL di Lubnan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Apr 20
  • 1 min read

Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan anggota pengaman Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).


Gesaan itu susulan insiden serangan berterusan yang berlaku di negara berkenaan.


Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menzahirkan kecaman keras terhadap serangan berulang terhadap pasukan pengaman PBB yang sedang melaksanakan mandat keamanan di Lubnan.


"Insiden serangan terhadap pasukan pengaman sebagai satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta menuntut keadilan terhadap anggota yang terkorban dan cedera.


"Malaysia menggesa semua pihak menghormati gencatan senjata, meredakan ketegangan serta memberi kerjasama penuh kepada UNIFIL dalam melaksanakan mandat di bawah Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 (2006)," kata kenyataan itu.


Kenyataan sama turut merakamkan ucapan takziah pihak kerajaan kepada Perancis serta keluarga anggota pengaman negara itu yang terkorban dalam insiden di Ghanduriyah, Lubnan, selain mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera


Dalam pada itu, Wisma Putra mengesahkan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang sedang berkhidmat di bawah misi UNIFIL berada dalam keadaan selamat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page