top of page

Malaysia gesa negara anggota UNEA tamatkan pencemaran plastik



Semua negara anggota Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEA) digesa agar meneruskan aspirasi untuk menamatkan pencemaran plastik.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan gesaan itu melalui Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-enam (UNEA-6) di Nairobi, Kenya.


Tegas Nik Nazmi, pencemaran plastik adalah satu daripada isu paling mendesak di dunia dan merupakan krisis yang semakin kritikal yang berupaya membawa ancaman besar kepada ekosistem.


"Berdasarkan Resolusi 5/14 UNEA 5.2, Jawatankuasa Perundingan Antara Kerajaan (INC) sedang membangunkan instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik.


"Justeru, kami menggesa semua negara anggota untuk mengingati aspirasi Resolusi 5/14 iaitu untuk menamatkan pencemaran plastik," katanya dipetik.


Melalui kenyataan itu, beliau menegaskan pendirian Malaysia yang terus komited untuk memainkan peranan penting dalam menangani cabaran alam sekitar global dan telah mengambil pelbagai langkah untuk menyokong agenda biodiversiti global untuk generasi akan datang.


"Kami telah melaksanakan dasar dan inisiatif untuk mencapai kelestarian alam sekitar selaras dengan agenda pembangunan negara dan matlamat pembangunan mampan.


"Tindakan kami juga sejajar dengan komitmen di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang lain," jelasnya.


Memetik Perjanjian Paris sebagai contoh, Malaysia menurutnya berhasrat mengurangkan intensiti karbon seluruh ekonomi sebanyak 45 peratus pada 2030 berbanding paras yang dicatat pada 2005.


"Kami bercita-cita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar paling awal menjelang 2050 di bawah Strategi Pembangunan Karbon Rendah Jangka Panjang (LT-LEDS) kebangsaan yang akan dimuktamadkan menjelang tahun ini," katanya lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page