top of page

Malaysia edar sejuta al Quran reaksi balas bakar Quran di Sweden

Updated: Jan 29, 2023



Malaysia menunjukkan reaksi balas keras terhadap tindakan ahli politik haluan kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al Quran di Stockholm baru baru ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta al Quran ke seluruh dunia bagi memahamkan bukan Islam terhadap ajaran kitab suci itu.


"Saya setuju cara paling berfaedah menjawab kerja-kerja gila dan biadab ini ialah meneruskan usaha yang telah dikeluarkan dan kita bertekad, insha-Allah dalam masa singkat cetak dan mengedar 1 juta al-Quran ke seluruh dunia.


"Dan disusuli beberapa program kearah pemahaman dan penghayatan Quran dengan mesej dan risalah yang jelas,” katanya dipetik ketika menghadiri Festival Seni Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, di Putrajaya hari ini.


Anwar berkata proses mencetak al-Quran telah bermula dan kerajaan akan mengedarkan kitab suci itu serta menghubungi negara Islam lain bagi tujuan pengedarannya.


"Sebahagian besar (peruntukan) dari kerajaan, kita akan rujuk majlis agama, tentunya kita akan hubungi rakan-rakan kita negara Islam yang lain," katanya dipetik Malaysiakini.


Sebelum ini Paludan mencetuskan kontroversi selepas beliau membakar salinan al Quran di Stockholm, Sweden, sehingga membangkitkan kemarahan masyarakat antarabangsa.


Anwar dalam kenyataan sebelum ini menuntut kerajaan Sweden bertindak terhadap sikap Islamofobia ahli politik itu yang mencetuskan provokasi besar kepada umat Islam di seluruh dunia.


Kementerian Luar juga telah menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan pihak berkuasa Sweden mengambil tindakan terhadap Paludan, termasuk tindakan yang terdahulu yang dilakukannya pada April 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page