top of page

Malaysia duduki tempat teratas Indeks GIEI 10 tahun berturut-turut



Di dalam keadaan landskap politik global yang mencabar dengan perang Palestin-Israel dan konflik yang berterusan di Ukraine Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan terbaik pertumbuhan ekonomi halal dalam Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE).


Menurut Halal Development Corporation Berhad (HDC), Malaysia telah menunjukkan daya tahan dan kecemerlangan yang mampan dan memperoleh kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut.


Menurut Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun, sejak penubuhan Laporan SGIE Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas dan mempamerkan komitmen berterusan negara terhadap ekonomi Islam.


Katanya, Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal, media dan rekreasi halal disokong dengan kedudukan tempat kedua dalam Modest Fesyen, tempat ketiga dalam farmaseutikal dan kelima dalam pelancongan.


"Pencapaian ini menunjukkan kemajuan yang mampan dalam Ekosistem Halal Malaysia sejak penubuhan HDC pada 2006


"Malaysia berikrar untuk mempertahankan kedudukan unggul ini dengan pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal (HIMP2030), adaptasi teknologi dan pendigitalan ekosistem halal.


'HIMP2030 pula memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan komprehensif industri halal Malaysia, memupuk keterangkuman dan pertumbuhan yang teguh," katanya.


Laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) disediakan oleh Dinar Standards, sebuah firma penyelidikan dan penasihat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mengkhusus dalam inovasi kerajaan, ekonomi halal global dan ruang impak sosial.


Laporan tahunan ini disokong oleh Jabatan Ekonomi dan Pelancongan Dubai (DET), menekankan pembangunan dan promosi pensijilan dan piawaian halal Malaysia.


Kedudukan global ini adalah berdasarkan penyelidikan yang meluas, meliputi isu kontemporari dan kritikal seperti pembangunan kewangan, tadbir urus, kesedaran, sosial dan inovasi dalam ekosistem. Sejak laporan itu dimulakan pada 2013, ekonomi utama dan negara majoriti Islam secara konsisten merujuk kepada laporan tahunan ini.


Dalam laporan itu Malaysia berada di barisan hadapan, diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE.


Menurut Khairul lagi, Malaysia akan terus memimpin industri halal secara berterusan, didorong oleh pertumbuhan tahun ke tahun dalam makanan halal dan disokong oleh peningkatan permintaan di seluruh dunia untuk produk yang mematuhi piawaian halal.


Malaysia, katanya, dengan 84 badan pensijilan yang diiktiraf berada pada kedudukan yang baik untuk mematuhi dan mendokong terutamanya dalam sektor bahan halal seperti gelatin halal.


"Dengan Malaysia menerajui sektor Kewangan Islam secara konsisten, HDC percaya negara boleh menawarkan pembiayaan dan peluang pelaburan yang terbaik kepada komuniti perniagaan global.


"Kestabilan, inovasi dan amalan etika yang wujud dalam sektor Kewangan Islam Malaysia meletakkan negara sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk perniagaan yang mencari penyelesaian kewangan sejajar dengan prinsip Islam," tambah Khairul.


Beliau turut menegaskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ekonomi halal kekal sebagai fokus utama untuk kemajuan ekonomi negara.


Komitmen terhadap ekonomi halal, katanya melangkaui metrik ekonomi, memberi manfaat kepada ekonomi negara dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page