top of page

Malaysia duduki kerusi UNESCO, bukti komitmen terhadap pendidikan global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dr Maszlee Malik (gambar), merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menjadikan Malaysia sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO.


"Tahniah kepada YB Fadhlina dan KPM di atas kemenangan usaha menjadikan Malaysia sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Maszlee menegaskan, kejayaan tersebut membuktikan pengiktirafan dunia terhadap peranan aktif Malaysia dalam memperkukuh agenda pendidikan sejagat.


"Semoga Pendidikan Warga Global (Global Citizenship Education) dan pengamalan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dapat disemarakkan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara," ujarnya.


Beliau yang juga mantan Menteri Pendidikan sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan (2018 - 2019) turut berharap agar usaha penubuhan kelab UNESCO di semua pusat pendidikan bawah KPM sejak 2019 diteruskan serta diperluas bagi membentuk pelajar Malaysia yang berfikiran global dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


"Diharapkan juga agar usaha penubuhan kelab UNESCO di semua pusat pendidikan bawah KPM semenjak tahun 2019 dapat diteruskan dan disemarakkan lagi demi menjadikan para pelajar di seluruh negara berfikiran global dan mendunia," katanya.


Menurut Maszlee, pencapaian membanggakan itu bukan sahaja mengangkat nama Malaysia di pentas dunia, malah memberi ruang kepada sistem pendidikan negara untuk berkongsi amalan terbaik bersama negara lain.


"Diharapkan juga agar pengamalan terbaik di sekolah-sekolah di bawah KPM dapat menjadi contoh kepada negara-negara lain di seluruh jagat," tambah beliau.


Dr Maszlee turut menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti nyata keberkesanan dasar pendidikan Madani yang menekankan nilai kemanusiaan sejagat, kolaborasi antarabangsa dan pembangunan mampan dalam membentuk masa depan dunia yang lebih harmoni.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page