top of page

Malaysia dijangka jadi Pengerusi UN Habitat untuk penggal 2025-2029

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap di agensi bawah PBB
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap di agensi bawah PBB

Malaysia dijangka dinobatkan sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) bagi penggal 2025 hingga 2029.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencapaian itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi komuniti antarabangsa terhadap Malaysia atas usaha pembangunan bandar yang inklusif dan berdaya tahan.


"Delegasi Malaysia diberi penghormatan menyampaikan enam ucapan termasuk ucaptama di persidangan global ini, sekali gus mencipta sejarah mengangkat martabat negara.


"Lebih membanggakan Malaysia bakal menerajui UN Habitat selama empat tahun akan datang. Marilah kita terus berdiri teguh bersama Kerajaan Madani yang berjaya mengharumkan nama negara," ujarnya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.


Persidangan UN Habitat ialah badan pembuat keputusan peringkat tertinggi mengenai pembandaran mampan dan penempatan manusia dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Jawatan Pengerusi UN Habitat disandang secara bergilir antara kumpulan serantau dalam sistem PBB, dan giliran seterusnya bagi penggal 2025–2029 akan diberikan kepada rantau Asia-Pasifik.


Mexico ketika ini berperanan sebagai Pengerusi UN Habitat bagi mewakili rantau Amerika Latin dan Caribbean.


Terdahulu, Kor Ming mengetuai delegasi Malaysia ke Nairobi, Kenya untuk menghadiri persidangan tersebut, sambil memperkukuh usaha menjayakan aspirasi negara sebagai pemimpin global dalam pembangunan lestari.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page