top of page

Malaysia dibina atas kepelbagaian agama, bangsa - Rafizi



Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berharap Malaysia sebagai negara berbilang bangsa akan terus utuh dengan kepelbagaian anutan agama dan kaum yang saling bertoleransi.


Dalam perutusan Krismasnya, Menteri Ekonomi itu berharap agar rakyat saling belajar budaya satu sama lain.


"Selamat menyambut Hari Natal kepada semua rakan dan taulan yang merayakan.

"Malaysia moden dibina atas kekuatan kepelbagaian, supaya kita saling belajar dan menggunakan kekuatan sesama sendiri untuk bersaing di pentas serantau dan dunia.


"Malah, tidak ada empayar besar dalam sejarah dunia yang menyumbang kepada ketamadunan manusia yang tidak dibina atas sumbangan rakyatnya yang pelbagai anutan dan bangsa," katanya.


Beliau juga berkata punya pengalaman peribadi dengan rakan rakan bergama Kristian sejak sekolah sehinggalah bergiat dalam politik.


"Saya mula berkenalan dengan rakan-rakan beragama Kristian yang pelbagai bangsa sejak dari sekolah rendah lagi, hinggalah ke sekolah menengah (guru-guru) dan di luar negara.


"Banyak juga intern dan staf saya sebelum ini yang beragama Kristian, termasuk juga rakan-rakan dalam perjuangan di KEADILAN-PH. Selamat berehat bersama keluarga," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page