top of page

Malaysia dapat peluang kedua menuju negara berpendapatan tinggi



Malaysia yang terlepas peluang untuk memunculkan diri sebagai negara berpendapatan tinggi di bawah pentadbiran lalu kini mendapat peluang kedua melakukannya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Demikian antara kandungan ucapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Sekolah Pembangunan (NSD), Universiti Peking, China kelmarin.


Menurut Lih Kang, Kerajaan Madani sedang giat mereformasikan struktur ekonomi Malaysia untuk memastikan tenaga kerja mempunyai pendapatan lebih baik dan sekali gus memerlukan mereka dilatih dengan skil yang lebih tinggi bagi memperolehi pendapatan lumayan.


"Dalam ucapan saya, saya bercakap tentang struktur ekonomi kita dan terlepas peluang untuk negara melarikan diri daripada perangkap pendapatan sederhana pada masa lalu. Walau bagaimanapun peluang telah dibuka semula.


"Kita perlu memanfaatkan kekuatan strategik untuk memulihkan ekonomi kita," katanya dalam catatan di Facebook.


Untuk tujuan itu, Lih Kang berkata, Malaysia kini menumpukan beberapa perkara untuk muncul sebagai pemain ekonomi yang utama di rantau Asia.


Antara polisi yang diutamakan ialah berkecuali dalam geopolitik; kestabilan politik, sistem kewangan dan kehakiman yang baik; ekosistem perindustrian yang matang; limpahan bakat dari masyarakat berbilang kaum serta berbilang bahasa dan budaya.


"Saya yakin dengan kekuatan dan kelebihan strategik di itu, kita boleh mengubah struktur ekonomi kita daripada intensif buruh kepada dipacu teknologi, pertumbuhan tinggi dan ekonomi bernilai tinggi," katanya lagi.


Untuk rekod, Universiti Peking merupakan pusat pengajian tinggi terkenal dan bertaraf tinggi di China. NSD menggabungkan pengajaran, penyelidikan dan nasihat dasar dalam bidang pengajian.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page