top of page

Malaysia-China tubuh kumpulan kerjasama, perkukuh AI, ekonomi digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 2 min read

Gobind (kanan) dalam majlis menandatangani MoU disaksikan oleh DS Anwar dan Xi Jiping. Foto: PMO
Gobind (kanan) dalam majlis menandatangani MoU disaksikan oleh DS Anwar dan Xi Jiping. Foto: PMO

Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia dan China akan bekerjasama dalam membangunkan ekonomi digital dan memperkukuhkan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara bandar-bandar dan perusahaaan membabitkan kedua-dua negara, demikian menurut Kementerian Digital.


Kementerian dalam kenyataan berkata kerjasama itu dimeterai melalui dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara Republik Rakyat China (NDRC) semalam sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia berakhir hari ini.


Pertukaran MoU tersebut disempurnakan Menteri Digital Gobind Singh Deo mewakili Malaysia, manakala NDRC diwakili Pengerusinya, Zheng Shanjie dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Xi.


"Pemeteraian dua MoU dan LOI [surat hasrat] ini adalah langkah yang tepat ketika kita terus mempercepatkan transformasi digital Malaysia. Ini selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Anwar dan Kerajaan MADANI.


"Kerjasama dalam infrastruktur digital, AI, inovasi teknologi, pembangunan dan penggunaan data, pertumbuhan industri digital, serta pertukaran bakat penting bagi memastikan ekosistem digital Malaysia benar-benar lengkap dari segi infrastruktur, keselamatan siber hingga ke pembangunan bakat – agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi digital yang pesat membangun," kata Gobind.


Kementerian dalam kenyataan berkata MoU berkaitan ekonomi digital membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam penyelarasan dasar dan peraturan; transformasi digital industri; inovasi teknologi digital dan pembangunan bakat.


"Kerjasama ini juga akan menyaksikan Malaysia dan NDRC bekerjasama dalam projek tertentu bagi menggalakkan kerjasama antara bandar dan perusahaan.


"Satu ‘Kumpulan Kerja Bersama mengenai Ekonomi Digital’ akan ditubuhkan, melibatkan wakil daripada Pentadbiran Data Nasional China dan Kementerian Digital Malaysia," kata kenyataan itu.


Sementara itu, kata kenyataan itu lagi, kedua-dua pihak akan berusaha memperkukuh teknologi AI antaranya melalui program pertukaran teknikal, meneroka kerjasama dalam pengukuhan infrastruktur AI, pertukaran garis panduan etika AI.


Selain katanya ia juga melibatkan perkongsian pengalaman memajukan aplikasi AI bagi pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan terpilih, meneroka pendekatan dalam menangani risiko keselamatan AI, meningkatkan literasi awam berkaitan pengetahuan dan kemahiran profesional AI.


Dalam pada itu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Digital dan Universiti Zhejiang, China juga akan menjalinkan kerjasama dalam bidang transformasi digital, AI dan bandar pintar, kata kenyataan itu.


"Institusi pengajian tinggi ini telah melahirkan ramai inovator dan usahawan terkemuka seperti pengasas DeepSeek, Liang Wenfeng; pengasas DEEP Robotics, Zhu Qiuguo; serta Huang Xiaohuang dan ChenHang, pengasas Manycore Tech," ujarnya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page