top of page

Malaysia-China senada tingkatkan kerjasama strategik ekonomi, teknologi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Perbincangan para menteri Malaysia dan delegasi China di sela sela Sidang KemuncaK ASEAN. Foto: FB Anwar
Perbincangan para menteri Malaysia dan delegasi China di sela sela Sidang KemuncaK ASEAN. Foto: FB Anwar

Malaysia dan China semalam senada untuk mempertingkatkan lagi kerjasama terutama dalam bidang ekonomi dan teknologi.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambut delegasi Primier China, Li Qiang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN.


"Saya telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Premier China Li Qiang, dan menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.


"Kami senada untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Kuala Lumpur ini.


"Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan," katanya dalam muat naik di Facebook.


PM Anwar juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global, yang secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.


"Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN.


"Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh," katanya lagi.


Untuk rekod, pertemuan Anwar Li Qing semalam adalah kali kedua dalam tempoh setahun.


Pada Jun tahun lalu Primier Li Qing telah melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia yang melambangkan hubungan erat kuasa besar ekonomi kedua terbesar dunia itu dengan pentadbiran Datuk Seri Anwar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page