top of page

Malaysia cadang Tabung Kewangan Asia, kurangkan guna dolar AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 5, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Malaysia tidak akan terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan atau perdagangan sesama negara Asia.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata di Dewan Rakyat semalam, rundingan pelaburan dan dagangan antara Malaysia dengan negara-negara jiran sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.


Malah Bank Negara Malaysia (BNM) juga jelasnya telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China, iaitu menggunakan ringgit dan renminbi.


"Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal. Pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan (1990an) tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.


"Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut," katanya.


Sementara itu dalam isu berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia perlu bersiap sedia dengan semua prasarana, infrastruktur dan sumber tenaga tempatan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemasukan pelaburan asing yang menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.


"Mengambil contoh apabila Amazon Web Services (AWS) masuk, kalau kita hanya tunggu pelaburan dan tidak menyiapkan jentera, kemahiran, pekerjaan, infrastruktur, ia akan menjadi masalah," katanya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page