top of page

Malaysia cadang bina hospital ihsan di Gaza



Kerajaan Madani maju setapak lagi dalam usaha membantu rakyat Palestin menghadapi kekejaman Israel.


Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal membentangkan cadangan membina hospital ihsan di Gaza dalam masa terdekat kepada Perdana Menteri.


"InshaAllah, kita akan bersama-sama majukan dan bantu pembangunan semula Gaza selepas pasca peperangan ini dan berharap semua pihak bersama memastikan kejayaan pembangunan semula Gaza.


"KKM bersedia menyiapkan cadangan berkenaan kerana pastinya ia memerlukan dana.

"Saya akan bentangkan perkembangan ini dalam mesyuarat Kabinet akan datang, paling tidak nota kepada jemaah Menteri.


"Antara lainnya, saya akan menyebutkan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membangunkan semula Gaza.


"Saya perlu terangkan secara menyeluruh dan satu daripada agendanya pembinaan hospital ihsan yang dicadangkan," katanya dipetik ketika menghadiri Majlis Makan Malam Amal untuk Gaza anjuran (MAPIM), malam tadi..


Sementara itu Dr Dzulkefly berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai pegawai dan kakitangan perubatan yang bakal ditempatkan di hospital itu kelak.


Sebelum ini, Indonesia telah pun memiliki hospital berkonsep serupa di Gaza yang memberi rawatan kepada penduduk Palestin, sama ada pada waktu perang atau aman.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page