top of page

Malaysia-Brazil kerjasama lindungi kepentingan negara membangun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 11, 2024
  • 1 min read


Malaysia dan Brazil menyatakan komitmen bersama untuk bekerjasama bagi mempromosi dan melindungi kepentingan negara membangun.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, komitmen dicapai selepas beliau berinteraksi dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva melalui perbualan telefon pada Jumaat.


"Kami turut senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.


"Saya turut mengambil peluang ini dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin," kata Anwar.


Melalui hantaran sama Anwar turut menyatakan harapan agar hubungan kedua buah negara akan diperkukuh demi manfaat bersama.


Beliau turut memaklumkan diundang sendiri oleh Lula untuk mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page