top of page

Malaysia bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9, 2023
  • 1 min read


Malaysia akan terus kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menerusi ciapan di laman sosial X, PM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sekali lagi berkata masyarakat antarabangsa secara berterusan telah mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.


"Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.


"Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban," katanya mengulas konflik terbaharu selepas serangan mengejut pejuang Hamas ke atas tentera Israel di sekitar Semenanjung Gaza pada Sabtu lalu.


Anwar ketika menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat PBB di New York September lalu dengan tegas menyatakan terdapat sikap hipokrit yang nyata dalam menangani isu Palestin.


Tegasnya, masyarakat antarabangsa mesti bersuara menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, lebih-lebih lagi semasa mereka bersuara keras menentang pencabulan hak asasi manusia, ketidakadilan dan rejim yang kejam.


Pada Sabtu, Hamas melancarkan Operasi al-Aqsa sebagai mesej mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air selain membalas penindasan serta keganasan yang dilakukan rejim Zionis sejak hampir satu abad.


Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat Palestin ketika ini berdepan penindasan oleh pentadbiran Israel sayap kanan yang dipercayai melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa.


Setakat semalam, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page