top of page

Malaysia bersolidariti bersama Palestin, dunia jangan diam diri



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim menggesa masyarakat dunia supaya berlaku adil serta tidak bertindak berat sebelah dalam konflik Palestin-Israel yang memuncak ketika ini.


Katanya, Malaysia sentiasa menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang, mencabuli hak asasi manusia serta mencemarkan kesucian agama.


"Solidariti ini bukan sahaja atas isu agama tetapi ia isu kemanusiaan dan Malaysia akan terus bersolidariti terhadap nasib rakyat Palestin agar dunia tidak berdiam diri.


"Justeru, saya menyeru masyarakat dunia melakukan sesuatu kerana kesengsaraan rakyat Palestin telah lama berlaku," katanya ketika berucap di Himpunan Solidariti bersama Gaza.


Demonstran membakar bendera Israel sebagai tanda kemarahan kepada rejim Zionis

Dilaporkan setakat ini kira-kira 1,500 orang rakyat Palestin terkorban dengan 5,600 tercedera dalam perang Palestin-Israel masuk hari keenam.


Angka kematian di Semenanjung Gaza itu dijangka akan terus meningkat susulan serangan udara tentera rejim Zionis yang menyasarkan bangunan kediaman dan infrastruktur awam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page